Recent Posts

Angkatan Pelukis SeMalaysia (APU)

它从1956年7月6号所成立,其开幕典礼在吉隆坡东姑阿都拉曼路的巫统大厦的大礼堂。期间换了几次名字,原先它是Majlis Kesenian Melayu(MKM),但在1958年4月15日,其巫统组织正式命名为Angkatan Pelukis SeMalaysia。

在MKM成立的当天,拥有30个人出席。当天的议程包括选出顾问,主席,副主席等等。当中,顾问是瑟努阿都拉曼,主席是雅阁拉提夫。

其中一个最大型的活动是“一个绘画展展览”,此展览的开幕嘉宾是敦拉萨。主办地点是在British Council Malaysia.

Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS) ialah sebuah pertubuhan yang bertujuan menggabungkan para pelukis dan peminat seni lukis di Malaysia.

Penubuhan Angkatan Pelukis SeMalaysia adalah kesinambungan dari Majlis Kesenian Melayu (MKM) yang ditubuhkan pada 6 Julai 1956 diDewan UMNO Jalan Batu (sekarang Jalan Tunku Abdul Rahman) Kuala Lumpur. Seramai 30 orang yang hadir untuk menubuhkan MKM. Antara Jawatankuasa yang telah dilantik diawal penubuhan ialah: Penasihat: En. Senu Abdul Rahman dan En. Yaacob Latif. Pengerusi: Mohammad Hossein Enas, Setiausaha: En. Idris Salam, Pemangku Setiausaha: Yusof Nordin, Bendahari: Cik Habibah Baharuddin dan En. Tamby Abdullah long, Jawatankuasa Seni Lukis: En. Zakaria Noor, Jawatankuasa Persuratan: En. Alang Hassan Long, Jawatankuasa Tarian dan Drama: En. Matari Rahman dan Jawatankuasa Penerangan: En. Sudin Majid.

Aktiviti yang telah dilakukan ialah 'Pameran Senilukis 1' di Dewan British Council, Kuala Lumpur. Pameran ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaya Tun Abdul Razak.

Disebabkan aktiviti Seni Lukis mendapat tempat dikalangan ahli pada ketika itu maka pada tahun1957 MKM ditukar dengan nama Angkatan Pelukis Semenanjung (APS). Pada 15 April 1958 pendaftaran Petubuhan telah meluluskan nama APS yang baru. Hinggalah apabila Malaya bertukar kepada Malaysia pengerusi baru Rn. Mazli Mat Som telah menukar nama dari Semenanjong kepada Malaysia iaitu Angkatan Pelukis Se-Malaysia. APS terus mengorak langkah dengan memperjuangkan perjuangan pelukis-pelukis Malaysia.


Follow Us
Archive
  • Facebook Basic Square

 

Copyright © 2017 MCCACC BAF. All rights reserved. 1MCA Foundation

● 版权所有,禁止擅自转贴节录